Amin Kuala Nerang

My photo
Kuala Nerang, Kedah, Malaysia
emel:wahamin1@gmail.com

22 December 2010

Rinting togel dah bergaya

 Togel tempohari dah tumbuh bulu ekor . Tunggu bagi selam sikit. t/kasih che mat kraftangan.


16 December 2010

Yang dikatakan ayam tu.....


Sapa sangka dok rumah gaya macam ni .bila pi bon dapat 20 point shj. Nak kena mai buat bon di rumah kot..

Dara pujaan (Not for Sale)

Adik kepada ayam pak Din chuping yang menang remaja di bon seberang jaya. Baka aiman + din Bachok

14 November 2010

Seri Nerang

Ayam muda ni baru nak belajaq parking.Harap=harap boleh diketengahkan.

27 October 2010

Nostalgia dulu-dulu

Ni la kenangan aku menceburi bidang ayam serama ini. Selain dari yang ini pernah johan di Perlis ,Naib johan di Kelantan dan Alor Setar dan beberapa kali dapat saguhati. Tetapi berdasarkan perkembangan sekarang ini, dengan ayam yang cantik dan bergaya ditambah dengan harga yang melambung tinggi mustahil bagi aku untuk mendapat ranking yang terbaik. Walau apa pun ini adalah perkembangan yang sihat untuk industri ayam serama.

18 October 2010

Remaja untuk test di Bon Kelantan

Remaja ini baru diperolehi dari kawan di Perlis. Ayam tinggi ,tengkok panjang, balung dan color cantik . Cuma nak kena cari dr. nak repair supaya bila tarik kepala tak kena pada lawi. Takut geli tengkuk....

06 July 2010

baby baru

Dah lama tak update blog sebab dah tak ada ayam yang comel-comel.Lagipun baru lepas renovate rumah.Semua reban ayam dan sangkar burung dah kena roboh.ayam hantar kat ipar suruh tolong pelihara.Lagipun musim yang lepas ni ayam 5-6 ibu yang mengeram tak menetas.Baru sekarang ada 2 ibu yang menetas anaknya .tu pun seibu sekor anak shj.

ni anaknya boleh diketengahkan ka tidak tak tahulah ?

20 April 2010

Induk Selam - Untuk tatapan

Untuk Dijual !!! - For Sale (Self Pickup )

1. Bapa  ayam A untuk dijual sebagai pembaka sesiapa berminat boleh datang ke rumah:-


2. Anak B baru Masuk Remaja .Anak kepada bapa diatas .

Hasil Reban sendiri - Baka Seri Pauh

2 ekor  ayam yang baru meningkat remaja hasil kacukan Anak Seri Pauh dan Induk reban sendiri telah menunjukkan sedikit gaya.Mungkin boleh disimpan untuk prospek masa depan.

Pendatang Baru dari Indera Kayangan

Anak A->B yang baru saya perolehi dari sahabat di Perlis.Ada potensi Tak?

20 March 2010

Anak A - Baka Seri Pauh

Anak ini mempunyai masa depan yang cerah di arena pertandingan. Dengan gaya mendada dan aksesori yang menarik anak ini dijangka akan membuahkan hasil yang terbaik.

01 March 2010

KuKocing lagi..gaya santai

Anak baka Seripauh

Anak dari baka seripauh ini telah menunjukkan aksinya.4 ekor menetas .3 jantan dan 1 betina .Dijangka baka ini boleh diketengahkan.

Anak Rezeki terkini.

Anak  rezeki yang telah meningkat remaja kini telah menunjukkan gayanya setelah beberapa bulan dihantar berkursus di rumah aiman bachok.Hanya aksesorinya shj yang kurang lengkap untuk pertandingan pada 6/03/2010 ini.

Update 6/3/2010


Ayam ini mendapat tempat ke 4 kategori remaja.Sama mata dengan tempat ke 3 tetapi dibezakan oleh gaya.

25 February 2010

Wajah terbaru KuKoCing

Remaja ini yang mendapat saguhati game di kelantan tempohari telah menunjukkan gayanya setelah sihat dari kecacingan.
Ayam ini dijangka mempunyai potensi yang baik dengan gaya yang semakin selam dan aksesori yang menarik.

18 February 2010

Gaya induk 25 point

Bersama ini saya sertakan gaya induk 25 point untuk renungan peminat serama.

Pendatang baru!!! - Remaja KuKoCing

Walaupun buat gaya berak cacing pada masa pertandingan sebab tak sempat bagi ubat cacing, Remaja kubing  ini yang baru dibeli dari kawan saya telah mendapat saguhati remaja (markah 63.5) pada pertandingan di Taman Orkid, Tengku Anis di Kelantan pada 14/2/2010 yang lepas.Jadi saya namakan ia

Ku Ko Cing   - Kubing+Koko+Cacing



17 February 2010

Kewujudan semula

Setelah berhempas pulas untuk menyelamatkan blog seramaknk.blogspot.com yang diakibatkan oleh hacker yang menukar password gmail saya,maka di sini saya lahirkan satu lagi blog yang lebih teruja untuk anda semua.Dengan paparan induk purple saya dimuka depan,saya pasti anda semua lebih rileks untuk melihat ayam-ayam yang saya paparkan.